Bagi memantapkan kemahiran rekacipta dan penerbitan bahan hebahan dalam kalangan staf UiTM terutamanya staf UiTM Cawangan Kelantan, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menganjurkan kursus Time to Canva Your Idea: Draft to Publish selama dua hari pada 5 dan 6 Mac 2023. Kursus ini diadakan secara hibrid iaitu bersemuka di Bilik IT PTA dan secara maya melalui platform Cisco Webex bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Seramai 30 orang peserta secara bersemuka dan lebih dari 150 orang peserta secara maya telah menyertai kursus selama dua hari ini.

Perkongsian bagi kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Alfarabie Mohd Nasir, Pustakawan Kanan Perpustakaan Tun Abdul Razak dan dibantu oleh fasilitator daripada PTA iaitu Encik Hazrie Mat Nawi, Pembantu Pustakawan Kanan, Cik Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan dan Cik Husna Nabila Mohd Asri, Pelajar Latihan Industri.

Kursus dua hari ini diisi sebanyak 6 modul iaitu:

  1. Modul 1: Pengenalan Asas Canva
  2. Modul 2: Reka Cipta Graphic/Poster
  3. Modul 3: Ubah Suai Template sedia ada Canva
  4. Modul 4: Latihan
  5. Modul 5: Reka Cipta Persembahan Infographic (Power Point Slide)
  6. Modul 6: Reka Cipta video (Montaj)

Sesi perkongsian oleh penceramah dilakukan pada sebelah pagi dan pada sebelah petang dilakukan aktiviti latihan daripada apa yang telah diajar. Peserta dikehendaki menyelesaikan latihan yang diberikan oleh penceramah bagi setiap hari. Peserta maya juga tidak ketinggalan melakukan latihan yang diberikan dan menghantar latihan pada akhir kursus.

Kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan memberikan komen yang positif. Pihak PTA mengucapkan terima kasih kepada penceramah yang sudi berkongsi ilmu selama dua hari dan juga kepada peserta yang menyertai kursus ini. Semoga apa yang telah dipelajari dapat mereka pratikkan dalam tugasan harian dan menghasilkan penerbitan yang lebih kreatif.

Pautan rakaman kursus: ðŸ”—http://qr.library.uitm.edu.my/rakamankursuscanva

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *