1 Mac 2023, Rabu – Telah berlangsungnya Majlis Kemuncak Inovasi dan Kualiti UiTM Cawangan Kelantan 2022 di Dewan Professional, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang pada 1 Mac 2023. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantan iaitu YBhg. Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi dan ucapan perasmian oleh Ybhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian anugerah dan sebanyak 14 anugerah telah disampaikan kepada pemenang. Beberapa orang staf PTA turut menerima anugerah pada majlis tersebut. Antaranya adalah bagi:

  • Anugerah Jasamu Dikenang 2020-2021
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019-2021
  • Anugerah Khas Rektor 2022 & Anugerah Staf Contoh 2022
  • Anugerah Bahagian Paling Aktif 2022

PTA turut memenangi bagi Anugerah Bahagian Paling Aktif bagi tahun 2022. Pihak PTA mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong segala aktiviti serta program yang telah dianjurkan dan akan terus berusaha untuk mengekalkan prestasi terbaik kami.

Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar kualiti UiTM dan sesi bergambar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang yang telah menerima anugerah pada majlis tersebut terutamanya kepada staf PTA dan diharapkan agar terus kekalkan kecemerlangan dan sentiasa berdedikasi dalam menjalankan tugas. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *