16 Februari 2023, Khamis – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menganjurkan Forum Santapan Jiwa & Iqra’: Aku Cinta Nabi yang diadakan secara hibrid bertempat di ruang Library Community Engagement (LCE) PTA dan secara siaran langsung di saluran YouTube rasmi UiTM Cawangan Kelantan. Forum ini bermula selama dua jam bermula pada 10:00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Moderator bagi forum ini adalah Dr. Muslim Ismail@Ahmad, Pustakawan Kanan PTA bersama dua ahli panel jemputan daripada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Kelantan iaitu Dr. Mohd Nazri Mat Zin dan Dr. Ahmad Murshidi Mustapha.

Forum ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua penonton dan kebanyakkan daripada mereka memberikan komen yang positif bagi forum ini. Semoga apa yang dikongsi daripada forum ini memberikan manafaat kepada semua penonton dan menambah rasa cinta kepada Nabi Muhammad saw.

Forum diakhiri dengan berselawat dan salam buat Nabi Junjungan Rasulullah saw yang diketuai oleh Dr. Ahmad Murshidi.

Pautan siaran langsung forum di saluran YouTube rasmi UiTM Cawangan Kelantan : https://www.youtube.com/watch?v=djZd_6DDg-c

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *