Bersempena dengan bulan Kemerdekaan yang ke-65 kali ini, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah menganjurkan satu ceramah yang bertajuk Merdeka Dunia, Merdeka Akhirat pada 8 Ogos 2022 (Khamis). Ceramah ini berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi melalui platform atas talian Cisco Webex.

Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka iaitu Ustaz Mutalib Jamil, Penolong Pendaftar Kanan. Ceramah ini disertai seramai 222 warga UiTM daripada seluruh cawangan.

Antara intipati yang dapat dikupaskan daripada ceramah tersebut ialah merdeka daripada cinta dunia & akhirat, merdeka menikmati kehidupan yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, merdeka daripada penjajahan ideologi serta merdeka daripada pengaruh sikap & akhlak yang buruk. Ceramah ini mendapatkan maklum balas dan komen yang positif daripada semua yang hadir sekaligus dapat menyokong kepada SDG 17 iaitu “Partnerships goals” . Pihak PTA mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, sudi meluangkan masa dan sentiasa menyokong program-program yang dianjurkan oleh PTA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *