Pada 5 Julai 2022 (Selasa), Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Kursus: “Design Easy with Canva” bermula jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari kepada semua staf Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan serta dibuka kepada warga UiTM yang berminat untuk menyertai kursus ini. Kursus ini dijalankan menggunakan medium atas talian iaitu Cisco Webex.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran rekacipta dan penerbitan bahan hebahan dalam kalangan staf khususnya staf PTA UiTM Cawangan Kelantan serta seluruh warga UiTM. Perkongsian bagi kursus ini disampaikan oleh Encik Mohd Alfarabie Mohd Nasir, Pustakawan Kanan Perpustakaan Tun Abdul Razak dan kursus ini mendapat maklum balas yang positif daripada peserta yang hadir.

Diharapkan agar Kursus: “Design Easy with Canva” ini dapat membantu peserta yang hadir dalam menghasilkan penerbitan yang lebih menarik dan kreatif dengan menggunakan aplikasi Canva.

Pautan rakaman kursus : https://www.youtube.com/watch?v=xtiZmFLFUdc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *