Program World Quran Hour peringkat UiTM Cawangan Selangor telah di adakan pada 13 April 2023 (Khamis) di Ruang Bacaan Aras 4, PTAR Kampus Puncak Alam. Program kerjasama antara Perpustakaan Tun Abdul Razak, Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor dan Masjid Negara Malaysia ini, sambutannya turut diadakan serentak diseluruh dunia pada 22 Ramadhan 1444H/13 April 2023.

Program telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Asmah Awal, Penolong Rektor (Penyelidikan & Inovasi) Menjalankan Tugas-Tugas Rektor UiTM Cawangan Selangor. Turut hadir Profesor Madya Sr. Dr. Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor (Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni Dan Keusahawanan), UiTM Cawangan Selangor.

Pihak UiTM Cawangan Selangor merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Hj. Nadzri Mustakim, Imam Masjid Negara Malaysia kerana telah bersama-sama memimpin bacaan dan membuat ulasan bacaan surah Al-Insan, surah yang dipilih untuk World Quran Hour pada tahun ini. Program yang yang diadakan selama 1 jam ini telah di hadiri oleh warga UiTM seramai 180 orang.

Surah Al-Insan dipilih pada tahun ini dengan membawa tema ‘Memanusiakan Ummah’ (Humanising the Ummah) melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *