Program Celik Jawi telah dilaksanakan pada 12 April 2023 (Rabu) bertempat di ruang Library Community Engagement, Aras 4, PTAR Kampus Puncak Alam. Program yang diadakan selama 2 jam ini telah disertai oleh 70 orang pelajar UiTM Kampus Puncak Alam yang terdiri daripada wakil persatuan pelajar dan wakil kolej kediaman UiTM Kampus Puncak Alam. Sepanjang tempoh 2 jam, program diadakan 3 siri berbeza yang melibatkan pelajar yang berlainan setiap siri.

Pelaksanaan program ini adalah bagi memupuk amalan membaca di kalangan pelajar selain bertujuan untuk mengasah kemahiran para pelajar dalam pengucapan awam dan membaca jawi. Program ini juga bagi menyahut seruan Kempen Galakan Membaca di kalangan warga UiTM. Program ini adalah Program Read@UiTM di bawah siri Speaker Corner.

Tujuan Pelaksanaan Program:

1. Mengasah kebolehan membaca jawi dalam di kalangan pelajar UiTM Kampus Puncak Alam.

2. Menggalakkan pemikiran kritis di kalangan para pelajar dalam memahami bahan bacaan terpilih.

3. Menguji keberanian para pelajar dalam aktiviti pengucapan awam.

Link Facebook Post : https://www.facebook.com/library.uitm.selangor/posts/pfbid0xmikxSkDxpLqYU4Gwg9FeHwMmfn43Wrk9jSFTEMwnhdHUUskb9c1zEamDkXjXhi8l

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *