Pada 3 April 2023, pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah mengadakan Program Mobile Library@Kolej di Ruang Legar Kolej Bendahara Skudai & Kolej Puteri Mayang Selida.

Program di bawah inisatif Read@UiTM ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan jumlah peminjaman bahan perpustakaan dan ia juga merupakan antara usaha yang dilakukan oleh pihak PTAR Kampus Seremban dalam memupuk budaya membaca di kalangan warga UiTM khususnya warga Kampus Seremban.

Mobile Library@Kolej menerima sambutan yang amat mengalakkan daripada para pelajar dan selaku pihak penganjur, PTAR Kampus Seremban bercadang untuk program seperti ini dilaksanakan sekali lagi di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *