Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah menganjurkan Kursus “Tips & Tricks Microsoft 365” Dalam Tugasan Pejabat Harian secara atas talian menggunakan medium Cisco Webex pada 22 Mei 2022 (Ahad) bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari kepada staf Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan serta dibuka kepada staf daripada cawangan lain.

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan staf PUiTM Kelantan, meningkatkan ketampakan (visibility) UiTM Cawangan Kelantan khususnya Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dalam usaha menambahbaik pengurusan pejabat serta mencipta keseragaman dalam menjalankan tugas mengikut peredaran teknologi seiring dengan perkhidmatan Perpustakaan Digital.

Kursus ini juga merupakan satu inisiatif Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dalam pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan atau wakaf ilmu yang melibatkan staf bersama panel pakar jemputan berkaitan bidang kursus yang dianjurkan.

Kursus ini juga disampaikan oleh Encik Ahmad Akmal Bin Mohd Idris, Pustakawan Kanan Perpustakaan Tun Dr Ismail UiTM Cawangan Johor. Melalui inisiatif ini, data dan rekod tugasan harian perpustakaan dapat diakses dan dilaksanakan secara digital menggunakan pelbagai aplikasi dalam “Microsoft 365” tersebut sekaligus dapat menghasilkan tugasan yang efisyen dalam kalangan staf.

Gambar bersama para staf yang hadir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *