Pada 31 Mei 2022 (Selasa) yang lalu, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Bengkel Aplikasi Microsoft 365 Dalam Tugasan Pejabat Harian bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik IT PTA yang melibatkan semua staf Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan.

Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan staf Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan serta meningkatkan ketampakan (visibility) UiTM Cawangan Kelantan khususnya Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dalam usaha menambahbaik pengurusan pejabat.

Perkongsian bagi bengkel ini disampaikan oleh Pn. Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan PTA UiTM Cawangan Kelantan. Bengkel ini merupakan bengkel aplikasi susulan daripada Kursus secara atas talian tempoh hari agar dapat meningkatkan kemahiran ICT dalam pengurusan kerja harian yang lebih sistematik dalam kalangan staf PTA.

Sesi penerangan dan perkongsian Microsoft 365 oleh Pn. Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan PTA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *