Pada 30 Mei 2022 (Isnin), jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah melaksanakan satu program siaran langsung atas talian “Live@PTA” Bicara Alumni: Alumni VS Library. Panel jemputan terdiri daripada alumni UiTM iaitu Encik Mohd Azrie Bin Mat Nor, Pengarah Urusan Nebula Horizon Sdn. Bhd. dan juga Encik Saidi Nor Azam Ali, Novelis/Pereka The Patriots Malaysia Publishing manakala moderator ialah Cik Nur Aisyah Bt Mohd Noor, Pelajar Latihan Industri.

Sesi bicara ini dilaksanakan menggunakan medium “Streamyard” melalui “Facebook” Rasmi Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dan “Youtube Channel” oleh Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang.

Program Live@PTA ini merupakan satu program bual bicara, perkongsian pengetahuan dan maklumat dikalangan pakar-pakar dalam bidang tertentu dan juga usaha untuk membudayakan budaya membaca dikalangan masyarakat kita khususnya warga UiTM.

Perkongsian daripada panel-panel antaranya ialah mengenai kerjaya mereka seperti anugerah dan penghargaan yang telah diterima sepanjang kerjaya, bahan sumber yang memberikan inspirasi semangat kejayaan mereka dan lain lain. Semoga melalui sesi perkongsian ini dapat menyokong dalam pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan yang sihat bukan sahaja kepada staf perpustakaan PTA malah kepada semua warga UiTM Cawangan Kelantan dan komuniti luar yang menyumbang kepakaran masing-masing dalam pelbagai bidang.

Pautan saluran YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=ZlagDz_iCPU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *