Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit “Bangkit Baca & Bersyukur”, pihak Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan satu Program Jom Baca Bersama: “Blind Date with a Book” pada 21 April 2022, jam 10.45 pagi hingga 11.30 pagi yang bertempat di Aras 1 Perpustakaan Tengku Anis. Program ini merupakan program anjuran bersama Perpustakaan Tengku Anis dengan Fakulti Pengurusan Maklumat dan juga Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK).

Program ini melibatkan staf dan juga pelajar daripada Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Kelantan. Para peserta dikehendaki memilih bahan bacaan yang telah dibalut tanpa mengetahui tajuk dan kulit buku. Bahan bacaan yang dibalut ini hanya memaparkan kata kunci sahaja dan ini merupakan pertemuan pertama mereka. Para peserta akan membaca bahan bacaan yang dipilih selama 10 minit dan kemudiannya membuat ulasan mengenai bahan bacaan tersebut.

Program ini telah berjalan dengan jayanya dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Pihak Perpustakaan Tengku Anis akan sentiasa menyokong dan berharap ada lagi program seumpama ini dilaksanakan dan kolaborasi ini juga dibawah SDG 17: “Partnership for the Goals” serta SDG 4: “Quality for Education”..

Laporan lintas langsung program bersama PPAK oleh Pn Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan PTA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *