Program Live@PTAR Biblioterapi : Pengenalan Kepada Biblioterapi  telah berlangsung pada 20 Julai 2022 melalui platform Facebook Rasmi PTAR KPA dan Youtube Perpustakaan UiTM. Program telah berlangsung selama 1 jam bermula jam 10.00 hingga jam 11.00 pagi.

Panel :
Puan Rafidah Abdul Aziz, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak
Perdana.
Moderator :
Sufiana binti Jumit (Pelajar Latihan Industri Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus
Puncak Alam UiTM Cawangan Selangor)

Jumlah penonton di Facebook Rasmi PTAR KPA adalah seramai 312 penonton dan melalui
Youtube Rasmi Perpustakaan UiTM adalah seramai 430 penonton.

Objektif
a. Memperkenalkan biblioterapi sebagai salah satu cara terapi minda bagi merawat kesihatan
mental individu.
b. Kempen kesedaran mengenai pentingnya rakyat Malaysia, mempunyai minda dan jiwa yang sihat
bagi melahirkan generasi yang cemerlang dan sentiasa berfikiran positif.
c. Memaklumkan kepada peserta bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan salah satu
kaedah yang boleh diguna teknik biblioterapi.
d. Biblioterapi mampu menjadi satu platform untuk membantu rakyat Malaysia lebih memahami
bahawa mereka mampu merawat minda dan jiwa mereka tanpa mengguna sebarang bantuan
ubat-ubatan.

Impak program
a. Meningkatkan pengetahuan masyarakat secara umumnya mengenai biblioterapi.
b. Membantu meningkatkan ilmu peserta melalui kaedah-kaedah rawatan yang boleh
dilaksanakan melalalui biblioterapi.
c. Membantu peserta mengetahui jenis-jenis bahan bacaan yang boleh digunakan sebagai salah
satu cara terapi penyembuhan melalui kaedah biblioterapi.
d. Melahirkan dan memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar dan warga UiTM.
e. Membantu memulihkan dan mengurangkan kadar tekanan dan kemurungan dalam menangani
isu-isu psikologi, sosial dan emosi yang dihadapi oleh individu.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif penganjuran program melalui maklumbalas daripada
senarai kehadiran yang disertakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *