Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah mengadakan Pertandingan Video Pendek bertemakan perkhidmatan perpustakaan, yang diadakan pada 1 Februari 2022 (Selasa) sehingga 30 April 2022 (Sabtu).

Pertandingan mencipta video pendek bertemakan “Perkhidmatan Perpustakaan” terbuka kepada semua warga UiTM Cawangan Selangor melalui platfom Facebook Rasmi PTAR Kampus Puncak Alam.

OBJEKTIF :

  1. Untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PTAR Kampus Puncak Alam.
  2. Untuk mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak
  3. Promosi koleksi bahan dan kemudahan perpustakaan

IMPAK PROGRAM :

  1. Meningkatkan tahap kecekapan pengguna untuk menggunakan kemudahan perpustakaan untuk dijadikan sumber rujukan.
  2. Memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan warga UiTM berbudaya membaca dan cintakan ilmu.
  3. Membudayakan program ilmiah berteraskan pembudayaan ilmu pengetahuan.
  4. Meningkatkan ketampakan (Visibility) Perpustakaan Tun Abdul Razak dari usaha-usaha pembudayaan ilmu.
  5. Meningkatkan pengetahuan warga UiTM.

HADIAH PERTANDINGAN
PERTAMA : RM 300.00
KEDUA : RM 200.00
KETIGA : RM 100.00
SAGUHATI x 3 : RM 50.00
E-SIJIL DISEDIAKAN UNTUK SETIAP PENYERTAAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *