Program Read@UiTM Speed Readingย bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Puncak Alam telah dilaksanakan di Bilik Seminar 2, Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam pada 24 Mac 2022 sempena dengan perasmian Program CSR UiTM Cawangan Selangor iaitu Program Pengurusan Organisasi Pengawas Pusat Sumber dan Kem Jawi Dihatiku.

Program yang dilaksanakan secara bersemuka ini telah disampaikan oleh Puan Nurul Diana Jasni, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR Kampus Puncak Alam. Program yang julung kalinya dilaksanakan bersama pelajar sekolah rendah ini telah dihadiri seramai 20 orang pelajar tahun 4, 5, dan 6 yang terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Turut sama 5 orang guru pengiring dan juga Guru Besar En. Norhamidi Mohd Ansor.

Teknik membaca cepat mengutamakan kecepatan membaca dengan tidak mengabaikan pemahamannya. Membaca adalah suatu kemahiran yang diperlukan oleh setiap manusia kerana inilah kunci kepada semua dasar ilmu pengetahuan. Membaca dengan kelajuan yang cepat membolehkan seseorang menambahkan pengetahuan secara berganda meskipun masa bacaan yang diambil sama seperti biasa.

Bacaan pantas merupakan teknik bacaan yang mudah dipelajari serta boleh dipraktikkan melalui latihan yang sistematik. Aktiviti ini diharap dapat membentuk masyarakat berilmu melalui teknikย  tumpuan membaca untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca.

Antaraย Objektifย program adalah:

  • Memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik bacaan pantas.
  • Meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta memupuk minat membaca.
  • Menggalakkan pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan.
  • Mengesan kelajuan atau kepantasan bacaan peserta mengikut kadar perkataan per minit.
  • Perkongsian ilmu melalui bahan bacaan daripada peserta juga akan turut dijalankan

Pihak perpustakaan menerima maklumbalas yang sangat positif daripada pelajar dan juga guru sekolah. Diharap program ini dapat menanam minat dikalangan pelajar untuk menyambung pelajaran ke UiTM. Semoga program-program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *