Pada 27 Oktober 2020 hingga 6 November 2020 Program Come & Win Lucky Draw telah dijalankan. Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk datang ke perpustakaan dan meminjam buku. Program ini dijalankan selama 11 hari. Program ini terbuka kepada semua pelajar UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Program ini menggalakkan pelajar untuk datang ke perpustakaan dan mengalakkan mereka untuk membaca buku sekaligus menaikkan lagi minat pelajar dalam membaca. Seramai 5 orang pemenang bertuah dipilih daripada 363 orang peserta.

 Tatacara program adalah seperti berikut: 

1. Pelajar datang ke Perpustakaan Al-Bukhari.

2. Pelajar hanya perlu meminjam buku dalam tempoh yang ditetapkan. Minima satu buah buku.

3. Cabutan bertuah akan dijalankan secara rawak daripada peminjam buku dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang bertuah.

Antara maklumbalas yang diterima adalah:

“Banyakkan lagi program lucky draw seperti ini”

“Semoga terus konsisten dan lebih baik.”

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *