Deskripsi: Segmen bicara buku Bersama Aiman Azlan: Unfollow The Flow berkisarkan sebuah buku tentang motivasi dan self healing kepada seseorang manusia khususnya golongan muda yang masih terkapai-kapai dalam kehidupannya. Buku ini ditulis dengan menggunakan bahasa dan jalan cerita yang mudah difahami kerana penulis ingin memastikan mesej dalam buku ini mudah untuk disampaikan kepada para pembacanya tidak kira usia. Buku Unfollow The Flow ini juga mengajar kita supaya tidak membandingkan diri kita dengan orang lain kerana ianya akan memakan diri kita sendiri di kemudian hari. Di dalam buku ini, penulis turut mengajak pembaca untuk menjalani kehidupan mengikut pilihannya sendiri tanpa terikut-ikut dengan orang di sekeliling.

Tarikh : 14 April 2021 (Rabu)
Masa : 11:00 pagi – 12:00 Tengah hari

Anjuran : PTAR UiTM Shah Alam

Panel : Encik Aiman AzlanPenulis Unfollow The Flow,
terbitan IMAN Publication Moderator: Puan Siti Salwa A.RahmanPustakawan Kanan PTAR UiTM Shah Alam

Sehubungan itu, semua warga dijemput untuk menyaksikan siaran langsung yang dijalankan secara atas talian.

Pautan Siaran Langsung
Link Youtube Perpustakaan UiTM Channel : https://www.youtube.com/watch?v=o66oun3F-3Y  
Link Facebook :  https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159660741847625/  

Tekan butang set reminder di pautan di atas untuk menonton. Jam Latihan turut disediakan.
Kerjasama dan perhatian daripada semua warga amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *