🎥Jom Saksikan Live@PTAR Bicara Industri : Pengurusan Kewangan Islam

Penceramah: YBhg. Tuan Zamree Mohamed, Ketua Perbankan Pengguna, Bank Islam Malaysia Berhad

Moderator : YBrs. Dr Azreen Binti Roslan, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM

🗓️Tarikh: 13 Oktober 2020 (Selasa)
🕙Masa: 10.00 pagi Jam latihan diberikan selepas Program

Deskripsi: Segmen Bicara Industri : Pengurusan Kewangan Islam membicarakan tentang perbezaan antara perbankan Islam dan bank konvensional. Perbezaan yang pertama antara perbankan Islam dan bank konvensional ialah fungsinya. Perbankan Islam memastikan semua aktiviti berprinsipkan daripada Al-quran manakala bank konvensional berdasarkan prinsip dicipta oleh akal manusia. Seterusnya, perbankan Islam mengamalkan transaksi jual beli atau sewa aset bukan akad pinjaman wang manakala bank konvensional mengamalkan sistem pemberian pinjaman wang kepada pelanggan dan dikenakan faedah yang berganda. Selain itu, dalam produk pelaburannya, bank Islam akan berkongsi untung rugi dan tiada keuntungan yang tetap manakala bagi bank konvnsional pula, pelabur dijanji dengan kadar faedah yang tetap. Seterusnya, bank Islam mensasarkan keuntungan berdasarkan prinsip Islam dan menjaga manfaat masyarakat sejagat manakala bank konvensional mensasarkan keuntungan tanpa batas agama dan moral. Akhirnya, perbankan Islam mempunyai hubungan yang baik antara pelanggan, penjual, pembeli dan rakan kongsi manakala bank konvensional mempunyai hubungan yang baik antara pelanggan, pemberi pinjaman dan peminjam.

📹Link Facebook Rasmi PTAR : https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159171037632625/

🎥LINK UiTM Official Youtube : https://youtu.be/vv6LGltbNRw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *