Program        : World #Quran Hour@ UiTM Penang

Tarikh             : 13 Mei 2020

Sinergi antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah membawa gema World#Quran Hour di kampus serta kediaman staf masing-masing pada 13 Mei yang lepas. Program yang turut menyokong aktiviti penggiatan budaya membaca ini, telah mendapat mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kampus dan disertai hampir 200 orang peserta secara langsung melalui aplikasi Google Meet. Ia turut diserikan dengan kehadiran Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Prof. Dr. Salmiah Kasolang@Kasalung serta barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri dalam usaha menyebarluaskan misi berinteraksi dengan Al-Quran.

Pada tahun ini, World#Quran Hour membawa misi Surah Ar-Rahman sebagai solusi membina rasa syukur dan mengembalikan keharmonian global dalam kalangan umat Islam walaupun berhadapan dengan ujian pandemik Covid-19. Bacaan surah tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Khairuddin Md Sul Haimi dan Ustaz Mohd Izlan Abdul Halik manakala kupasan tentang ayat tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Adenan Mohd Yusoff daripada Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang.

PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan…

Posted by PTAR Kampus Permatang Pauh on Selasa, 12 Mei 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *