Program : Program Pengantarabangsaan Perkongsian Pengetahuan dan Khidmat Masyarakat
Tarikh : 31 Januari 2020- 4 Februari 2020
Lokasi : Desa Kandri, Semarang, Indonesia

Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Unit Kebudayaan dan Kesenian UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin dan Unit Kepimpinan Pelajar UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin telah melaksanakan Program Pengantarabangsaan Perkongsian Pengetahuan dan Khidmat Masyarakat di Desa Kandri, Semarang, Indonesia pada 31 Januari 2020- 4 Februari 2020.

PTAR telah bertanggungjawab menjalankan program storytelling serta mewujudkan Library Corner di Perpustakaan sekolah SD Negeri Kandri 01 Kota Semarang dengan penglibatan dari 30 orang pelajar sekolah, para pelajar dan pensyarah Universiti Negeri Semarang (UNNES).

Program di akhiri dengan sesi penyampaian sumbangan berbentuk bahan rujukan, alat bantuan mengajar dan beberapa bahan hiasan Library Corner kepada wakil guru besar sekolah.

Seterusnya pada hari berikutnya, program di teruskan dengan penyampaian sumbangan Al-Quran dan buku ayat 7 surah kepada penduduk Desa Kandri, Semarang dan perkongsian pengetahuan Penjenamaan PTAR melalui pembentangan oleh Pn.Roslah Laman, Pustakawan Kanan di ruang gazebo UNNES.

Program Storytelling yang melibatkan pensyarah UNNES dan pelajar sekolah
Penyampaian sumbangan berbentuk bahan rujukan, alat bantuan mengajar dan beberapa bahan hiasan Library Corner kepada wakil guru besar sekolah
Library Corner melibatkan sumbangan bahan bacaan dan hiasan
Pensyarah dari Universiti Negeri Semarang (UNNES) yang turut terlibat
Penyampaian Sumbangan kepada wakil Penduduk Desa Kandri, Semarang, Indonesia
Delegasi dari UiTM Cawangan Melaka

Read more : https://bit.ly/2HlSlZb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *