Program : Pameran Dondang Sayang
Tarikh : 18 Julai 2019 hingga 18 Ogos 2019
Tempat : Perpustakaan Tun Abdul Razak Aras 12, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah mengadakan Pameran Dondang Sayang sempena menyambut lawatan penandarasan Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah ke Negeri Melaka. Pameran ini bertujuan bagi memperkenalkan seni dondang sayang yang terkenal di Negeri Melaka. Dondang sayang merupakan sejenis persembahan balada cinta Melayu tradisio­nal yang mana para penyanyinya bertukar-tukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan adakalanya menimbulkan suasana lucu. Kebolehan berpantun bukan sa­haja dimiliki oleh orang Melayu tetapi masyarakat Baba Nyonya, Portugis dan Chitti. Senario ini jelas dapat dilihat di Negeri Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *