Program Bedah Buku: Cerita Dalam Kampus

Program         : Program Bedah Buku: Cerita Dalam Kampus

Tarikh             : 11 Oktober 2019

Lokasi             : PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

Program Bedah Buku: Cerita Dalam Kampus merupakan program anjuran PTAR bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA). Ianya disampaikan oleh Pn Nor Raihan Abu Bakar, penulis buku Cerita Dalam Kampus juga Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Komunikasi & Media UiTM Cawangan Melaka. Moderator bagi program perkongsian ilmu ini adalah Dr. Suhailah Mohamed Noor, Pensyarah Kanan PPKA. Program ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany Mohd Hashim, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang. Secara keseluruhannya program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kampus iaitu seramai 254 orang peserta yang terlibat.

Objektif

  • Untuk mempopularkan pembacaan dalam kalangan warga kampus.
  • Mengadakan saluran perkongsian ilmu melalui pembacaan.
  • Memupuk minat membaca di kalangan semua warga kampus Permatang Pauh, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
  • Meningkatkan aktiviti penulisan di kalangan warga akademik dan bukan akademik.

Pautan Foto Aktiviti: https://www.facebook.com/library.uitm.penang/posts/1474746639355261

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *