Fun Together at PTAR: Inforace with SK Stowell

Program         : Fun Together at PTAR: Inforace with SK Stowell

Tarikh             : 24 Oktober 2019

Lokasi            : PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

Program Fun Together at PTAR: Inforace with SK Stowell merupakan salah satu inisiatif perpustakaan bagi menyokong agenda Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah Negara Membaca tahun 2030. Program ini telah disertai oleh 40 orang pelajar tahun 6 dari Sekolah Kebangsan Stowell, Bukit Mertajam. Ianya bertujuan untuk memupuk dan memberi galakan kepada pelajar supaya berpengetahuan dan mencintai ilmu melalui aktiviti-aktiviti menarik yang mencabar minda dan kreativiti mereka, disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar dan staf perpustakaan dalam suasana yang harmoni. Para pelajar ini telah dibahagikan kepada kumpulan yang kecil bersama seorang fasilitator yang terdiri daripada staf perpustakaan. Diakhir program, hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Puan Hayati Mokhtaram, Timbalan Ketua Perpustakaan, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Objektif:

  • Memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan.
  • Membina semangat kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta.
  • Menyokong Program Read@Uni bagi menyemarakkan pembacaan dalam kalangan peserta.

Sasaran pengguna: Pelajar Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam

Jumlah penyertaan: 40 orang

Pautan Foto Aktiviti: https://www.facebook.com/library.uitm.penang/posts/1488101208019804

Lawatan & Info Race daripada Sekolah Kebangsaan Stowell Bukit Mertajam 📚

Posted by PTAR Kampus Permatang Pauh on Khamis, 24 Oktober 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *