Tarikh: 16 November 2018 (Jumaat)

Masa: 2:45 – 4.45 petang

Tempat: Ruang Bicara Ilmu, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis

1. Somtham Jom Cuba Buat!

Sinopsis: Som tam atau salad betik mentah adalah sejenis salad berempah agak pedas yang diperbuat daripada kepingan nipis betik mentah. Hidangan ini dipercayai berasal dari Loas, akan tetapi dipopularkan oleh masakan Thailand, dan lazim disajikan di Asia Tenggara. Di Kemboja disebut bok l’hong , di Loas disebut tam som atau tepatnya tam maak hoong , di Thailand dikenal sebagai som tam, dan di Vietnam disebut goi du du. Som tam, jenis Thai termasuk dalam senarai nombor 46 dari senarai 50 Makanan Paling Lazat di Dunia oleh CNN Go pada 2011.

Biodata penceramah: Puan Mazlini Abdul Malik Pembantu Pustakawan di Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis. Beliau akan membuat demo pembuatan salad ini dan jika bernasib baik dapat dinikmati oleh peserta Bicara Ilmu Flashlight. Kajiselidik Som Tam dibuat dan disampaikan oleh en. Mohd Fauzi Md Zain, Pustakawan Kanan

2. Tanaman Strawberi Di Bumi Perlis

Sinopsis:  Lazimnya tanaman strawberry hanya dapat hidup di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands, Pahang. Kini, ia juga mampu ditanam di kawasan yang panas seperti Kedah dan Perlis. Antara kebaikan berkecimpung dengan tanaman strawberry ini adalah mampu menghilangkan stress bekerja dan ia juga boleh menjana pendapatan tambahan.

Biodata penceramah: En. Azlan Abdul Aziz Pensyarah Kanan (Statistik) dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Beliau memiliki Diploma, Degree dan Master in Statistic dari UiTM Shah Alam

3. Antara Padang Besar Dan Pathumthani

Sinopsis:  Apakah yang akan anda dengar dari pengalaman Mohd Saiful Akbar yang berulang alik dari Padang Besar ke Pathumthani semasa beliau belajar di Asian Institute of technology. Tentu menarik bila cerita tentang budaya, masakan dan pelajaran dikongsi bersama pendengar.

Biodata penceramah: En. Mohd. Saiful Akbar B. Mohamad Sahal adalah pensyarah di Fakulti Perladangan dan Argoteknologi. Bidang pengajaran beliau adalah “Plantation Management” dan beliau merupakan PhD Candidate di Asian Institute of Technology, Pathumthani, Thailand. Beliau mempunyai MSc. Plantation Mgmt, UPM dan Dip. in Planting Industry Mgmt. Pengalaman Kerja beliau adalah di FELDA Agricultural Services Corporation (1992), Ladang MARA, MARA Holdings (1993), Golden Hope Plantations Berhad. (1993-2002), UiTM Pahang (2002-2016) dan UiTM Perlis (2016- sekarang)

4. Ekono’cinta’: Biarkan Cinta Berbicara

Sinopsis: Apa yang akan dibicarakan? Ekonomi? Cinta? Di kalangan pelajar, ekonomi dianggap menyukarkan, manakala cinta membahagiakan. Kenapa tidak dirungkaikan konsep ekonomi yang sukar dengan pengertian cinta yang mudah?

Biodata penceramah: En. Fadli Fizari Abu Hassan Asari merupakan Pensyarah Kanan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Perlis. Mengkhusus dalam bidang Ekonomi Perlakuan (Behavioural Economics). Suatu bidang yang mengkaji tentang perlakuan manusia sebagai agen ekonomi yang rasional. Produk kosmetik timbang kilo dan fenomena ‘anak ikan’ adalah antara kajiannya yang terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *