Tarikh     : 25 Oktober hingga 4 November 2019

Masa       : 8.00 pagi – 4.00 petang

Tempat   : Sekolah Kebangsaan Batang Merbau, Tanah Merah.

Program dan aktiviti “Together We Care, We Share” “Corporate Social Responsibility” (CSR) PTA Sekolah Kebangsaan Batang Merbau, Tanah Merah Kelantan Tahun 2019 yang berlangsung pada 25 Oktober hingga 4 November 2019 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini adalah satu program untuk “make-over” dan menaik taraf pusat sumber sekolah tersebut serta menjadikannya lebih menarik dan teratur. Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk menarik minat murid-murid untuk datang ke pusat sumber sekolah. Selain daripada aktiviti menghias pusat sumber, kami telah melaksanakan aktiviti lain seperti “book review”, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak pra dan pertandingan kolaj untuk murid darjah 6 serta aktiviti tambahan yang lain. Melalui projek ini juga dapat memupuk semangat membaca dalam kalangan murid-murid dan mempraktikkan amalan membaca dalam kehidupan seharian mereka. Akhir sekali, melalui projek ini juga kami telah membantu untuk menceriakan pusat sumber dan menjadikannya lebih tersusun dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *