Tarikh : 14 Oktober 2019 (Isnin, 8.15 malam)
Tempat : Dewan Sri Temenggong
Penceramah : Ustaz Ebit Lew
Sasaran : Pelajar Kolej Kediaman A, B & C, dan Staf UiTM Cawangan Johor

Program Read@Uni di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah mendapat sokongan daripada semua pihak apabila Kolej Kediaman C turut serta menganjurkan program bertajuk “Aduhai Puteriku Sayang bersama Ustaz Ebit Lew”.

Disamping menekankan aspek kerohanian dalam jiwa siswa dan siswi UiTM Cawangan Johor, pihak PTDI berharap program ini dapat mengetengahkan hasil penulisan Ebit Lew dengan menanam kecintaan ilmu di kalangan warga Kampus. Pentingnya seseorang itu membaca dan mengamalkan antara intipati yang disampaikan agar mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Program Jom Wakaf buku turut diselitkan, apabila wakil Kolej Kediaman C mewakafkan buku hasil penulisan Ustaz Ebit kepada Perpustakaan Tun Dr. Ismail. Turut hadir memeriahkan program pada malam itu adalah Rektor UiTM Cawangan Johor, Prof. Madya Dr. Ahmad Naiyuddin Bakar, barisan Resident Staf, dan staf UiTM Cawangan Johor. Diakhir sesi program, penulis telah bersama-sama dengan warga kampus dengan menandatangani buku yang dibeli.

Pihak Perpustakaan merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa program yang telah bertungkus-lumus menjayakan program tersebut. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan UiTM Cawangan Johor yang sentiasa memberi sokongan. Semoga kecintaan kita kepada ilmu ini terus berkekalan dan memberi manfaat kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *