Program : Jelajah Kempen S.A.F.E. For Children (Start Awareness From Early) Dan Bicara Buku – Read@Uni
Tarikh : 2 Ogos 2019
Tempat : Aras 3 , PTAR UiTM Jasin

Objektif :

Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka dan Polis Diraja Malaysia telah menganjurkan siri Jelajah Kempen S.A.F.E for Children dan bicara buku bertempat di Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin pada 2 Ogos 2019. Seramai kira-kira 88 orang murid disertai 7 Guru menyertai siri jelajah kempen ini di Melaka. Kempen ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran pelajar sekolah rendah berkenaan isu keselamatan kanak-kanak seperti penderaan fizikal, mental dan seksual terhadap kanak-kanak. Hal ini kerana kes penderaan kanak-kanak dan jenayah seksual kanak-kanak merupakan satu isu yang amat membimbangkan pada masa kini. Jelajah kempen ini juga dapat meningkatkan pemahaman dan kesedaran bukan sahaja kepada warga pendidik malah kepada murid-murid sekalian terhadap isu penderaan dan gangguan fizikal, mental serta seksual dalam kalangan kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *