Bersempena sambutan bulan kebangsaan dan Hari Malaysia, PTAR Kampus Kuala Pilah telah mengadakan Pameran seperti ketetapan berikut :

Tajuk Pameran : Sejarah Penubuhan Awal Tentera Darat
Tarikh : 03 September 2019 – 25 September 2019
Tempat : Ruang bacaan aras 1, ptar kampus Kuala Pilah

Turut dipamerkan juga koleksi buku mengenai pemimpin dan tokoh Negara. Pameran ini adalah kerjasama bersama Muzium Tentera Darat, Port Dickson. Matlamat pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan sejarah awal tentera, menghargai dan berterima kasih kepada tentera atas pengorbanan menjaga keamanan negara jesteru menimbulkan semangat mencintai tanah air, Malaysia di kalangan staf dan pelajar UiTM kampus Kuala Pilah.

Disamping itu juga, turut diadakan Pertandingan Menulis Cerpen tentang Kemerdekaan dan juga Kuiz Kemerdekaan yang boleh disertai oleh warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kmapus Kuala Pilah. Ianya secara tidak langsung membolehkan warga Kampus Kuala Pilah tahu akan sejarah serta menghati erti kemerdekaan Malaysia yang tercinta ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *