Program : Pertandingan Seni Khat
Tarikh : 10- 17 September 2019 9 
Lokasi : PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau

Pada 10 hingga 17 September 2019, PTAR Kampus Rembau telah menganjurkan Pertandingan Seni Khat dimana peserta perlu menulis tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini iaitu ” Sayangi Malaysiaku, Malaysiaku Bersih” dalam bentuk tulisan khat. Aktiviti ini adalah julung kalinya diadakan di UiTM Kampus Rembau.

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat warga UiTM Kampus Rembau kepada keindahan dan kehalusan tulisan jawi/khat dan mendalami tentang kepentingan tulisan jawi .

Pertandingan ini diadili oleh tiga orang pegawai dari Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Kampus Rembau. Antara kriteria yang dinilai untuk mengadili pertandingan ini ialah dari segi kebersihan penulisan itu sendiri, kaedah seni khat dan kreativiti peserta dalam menghasilkan tulisan khat.

Seramai 3 peserta telah dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Untuk maklumat lanjut boleh layari: https://www.instagram.com/p/B2n2os0gARM/?utm_source=ig_web_copy_link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *