Program : “Blind Date with a Book”

Tarikh : 10-11 September 2019

Lokasi : PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

Program Galakan Membaca di PTAR Kampus Permatang Pauh diteruskan lagi dengan peminjaman buku melalui aktiviti “blind date with a book”. Koleksi buku-buku perpustakaan meliputi pelbagai genre yang dibalut dengan penuh misteri dan dilekatkan maklumat ringkas buku tersebut seperti pembayang kandungan dan subjek buku.

Peserta perlu memilih buku masing-masing, membuat pinjaman, membaca serta membuat ulasan mengenai buku tersebut bagi memenangi hadiah misteri.

Objektif:

· Memupuk minat & tabiat membaca sebagai salah satu gaya hidup mahasiswa/mahasiswi

· Mempromosi bahan bacaan di PTAR

· Menggalakkan penyertaan warga kampus dalam menyemarakkan budaya membaca

Sasaran pengguna: Pelajar/Staf UiTM Cawangan Pulau Pinang

Jumlah penyertaan: 64 orang Pautan Foto Aktiviti: https://www.facebook.com/library.uitm.penang/posts/1448079848688607

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *