Program : Program Bual Santai Read @Uni : Planet or Plastic?
Tarikh : 19 September 2019
Lokasi : PTAR, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah menyahut seruan kempen Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 terbitan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) dengan turut serta menganjurkan PROGRAM READ @ UNI : PLANET OR PLASTIC?
Kempen kesedaran yang mensasarkan warga UiTM Cawangan Melaka ini mengetengahkan masalah alam sekitar khususnya berpunca daripada pencemaran ekoran penggunaan barangan plastik sekali guna yang perlu dielakkan demi mewujudkan persekitaran yang lebih sihat.

Sedia maklum, pencemaran plastik adalah masalah global yang perlu ditangani dengan cara yang mapan. Perpustakaan kali ini menjadi nadi penggerak dengan menggabungkan usahasama pelbagai agensi iaitu Persatuan Suka Bantu UiTM Cawangan Melaka, Rakan Alam Sekitar UiTM Cawangan Melaka, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Melaka, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka dan Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd.

Pelbagai aktiviti telah di jalankan seperti :
1. Projek Penanaman Pokok
2. Cash for Trash
3. Pameran Planet or Plastic?

Aktiviti kemuncak untuk program ini adalah :

4. Bual Santai Read @Uni : Planet or Plastic?
Topik : Taklimat kesedaran Penjagaan Alam Sekitar (Penggunaan Plastik) dan Kepentingan Kepada Semua Makhluk oleh En Mohamad Shafie Taib
Jurutera Hijau, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
5. Bual Santai Read @Uni Selamatkan Bumi : 3R (Reduce, Reuse, Recycle) oleh Pn Siti Rohayu Mohd Isa, Penolong Pengarah SWCorp Melaka
6. Bual Santai Read @Uni Selamatkan Bumi : Kitar Baju Anda! oleh En Zaki Suratman, Pengurus Syarikat Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd.

Image may contain: 19 people, people smiling

Read more : http://bit.ly/2kToSOt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *