Tarikh : 7 Ogos 2019 (Rabu) | 11.00 pagi
Tempat : Dewan Sri Temenggong, UiTM Cawangan Johor

Read@uni di PTDI Kampus Segamat diteruskan lagi dengan mengadakan Program My First Book in UiTM Johor. Sasaran peserta adalah semua pelajar interim yang dianggarkan kira-kira seramai 1,448 orang. Para pelajar perlu membuat pinjaman bahan di perpustakaan secara berkumpulan (berdua) dan membuat sedikit ringkasan berkaitan buku yang dipinjam.

Program My First Book in UiTM Johor telah diperkenalkan kepada pelajar interim seawal minggu pertama perjumpaan iaitu pada 28 Julai 2019. Pada 7 Ogos 2019, pelajar yang terpilih (4 kumpulan) telah membuat perkongsian mengenai buku yang telah dibaca.

Majlis turut disokong oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Nor Asiha binti Alias dengan penyampaian cenderahati kepada para pelajar yang membuat perkongsian bacaan. Tahniah diucapakan kepada semua staf PTDI dan para pelajar yang terlibat.

Semoga dengan adanya aktiviti sedemikian, budaya membaca di kalangan warga kampus dapat disemai dan menyokong aspirasi serta hasrat Kementerian Pendidikan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Membaca menjelang 2030.

Laungan “Malaysia Membaca” dan “UiTM Johor Membaca” oleh pelajar dan staf PTDI menggegarkan Dewan Sri Temenggong.

UiTM Johor Membaca!!!

Posted by Ptdi Uitm Johor on Rabu, 7 Ogos 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *