Program : Jungle Talk Read@Uni atau Kupasan Buku di Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah, Jasin Melaka
Tarikh : 13 Julai 2019
Tempat : Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah, Jasin Melaka

OBJEKTIF :-
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menganjurkan program Jungle Talk/Read@Uni atau dikenali sebagai kupasan buku di Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah, Jasin Melaka pada 13 Julai 2019. Program ini dianjurkan bagi membudayakan galakan membaca dikalangan mahasiswa dan ianya pertama kali dianjurkan di luar kampus dan pada waktu malam. Menurut En Mohd Ismail Abidin, Pustakawan Kanan selaku Pegawai Pengiring, Program Jungle Talk ini mempunyai sedikit keunikan dan lain dari kebiasaan kerana ianya dijalankan pada waktu malam dikawasan hutan Rekreasi. Jungle Talk atau Kupasan buku di kongsi oleh Saudari Nur Iffah bertajuk CERITA ORANG HR, Manakala En Mohd Ab Malek, Pensyarah Kanan dari Jabatan Undang-Undang UiTM Cawangan Melaka telah mengupas buku bertajuk “Budak Meja Belakang :Pax American karangan Dr Shah Ibrahim. Program Jungle Talk merupakan salah satu program yang dijalankan sempena Program Voluntourism Eko Hike 2019 yang dijalankan selama 2 hari 1 malam pada 13-14 Julai dan Objektif utama adalah bagi mempromosikan Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah sempena dengan Tahun Melawat Melaka 2019 dan dan Tahun Melawat Malaysia 2020. Menurut En Shahreza Mahadami, Ketua Unit Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Melaka, gabungan beberapa program / aktiviti yang dijalankan memberi impak yang sangat besar kerana peserta bukan sahaja dapat mempelajari tentang flora dan fauna, eksplorasi pelbagai gua dan menikmati keindahan alam semulajadi di kawasan hutan Rekreasi malah turut dapat menanam sikap dan membudayakan aktiviti membaca. Menurut beliau lagi, 50 peserta yang terdiri daripada mahasiswa UiTM Cawangan Melaka, Politeknik Merlimau dan Institut Latihan Perindustrian Jasin yang mengikuti program Voluntourism ini merupakan duta kecil bagi mempromosikan kawasan pelancongan Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah.

Read More https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2379095365709179&set=pcb.2378828729069176&type=3&theater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *