Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Unit Arkib

Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan

PENGENALAN UNIT ARKIB, PERPUSTAKAAN DATO’ JAAFAR HASSAN

Jabatan Arkib Universiti mula ditubuhkan pada tahun 1982 di bawah Bahagian Pentadbiran, Pejabat Pendaftar dan dikenali sebagai Unit Arkib. Fungsi dan peranan arkib telah dirombak serta dimantapkan lagi bagi memperkasakan pengurusan rekod di ITM/UiTM mengikut keperluan semasa. Pada 1 Jun 2015, Bahagian Arkib dan Muzium yang pada ketika itu masih di bawah naungan Pejabat Pendaftar telah diserahkan secara rasminya kepada pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) Bil 06/2015 bertarikh 10 Jun 2015. 

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) Bil 6/2015 bertarikh 10 Jun 2015, Mesyuarat pada dasarnya meluluskan Bahagian Arkib, Pejabat Pendaftar berserta skim perkhidmatan perpustakaan (Gred S) diletakkan di bawah tanggungjawab Pustakawan UiTM berkuatkuasa 1 Jun 2015. Berikut adalah petikan minit Mesyuarat JKE Bil 6/2015.

Manakala pada 10 Mac 2016, Ketua Pustakawan UiTM ketika itu telah mengeluarkan pekeliling iaitu Surat Pekeliling Ketua Pustakawan Bil 1 Tahun 2016 untuk pemakluman penubuhan Unit Arkib di setiap perpustakaan cawangan. 

Unit Arkib, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, Universiti  Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis Kampus Arau telah ditubuhkan bagi menyelaras fungsi dan peranan penguusan rekod dan arkib di UiTM Cawangan Perlis. Ia adalah satu Unit penting yang bertanggungjawab dalam mengurus tadbir hal ehwal pengurusan rekod dan arkib di UiTM Cawangan Perlis mengikut Dasar Pengurusan Rekod yang telah digunapakai oleh UiTM .

Perkhidmatan Unit Arkib

PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN PENYELIDIKAN BAHAN ARKIB

PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN PENYELIDIKAN BAHAN ARKIB

PERKHIDMATAN NASIHAT DAN KONSULTASI PENGURUSAN REKOD

PERKHIDMATAN NASIHAT DAN KONSULTASI PENGURUSAN REKOD

PROGRAM ”OUTREACH”

PROGRAM ”OUTREACH”