Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

KUNJUNGAN HORMAT PDJH KE BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK, UiTM CAWANGAN PERLIS

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis akan membuat lawatan dan kunjungan hormat ke Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis. Berikut adalah ketetapan program seperti yang telah dipersetujui oleh pihak BHEA, UiTM Cawangan Perlis:-

 

Tarikh: 30 September 2022 (Jumaat)

Jam: 3.00 Petang

Tempat: Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis

 

Objektif Kunjungan Hormat ini:-

·       Mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan kepada warga UiTM, dan mewujudkan kesedaran literasi maklumat kepada warga UiTM

·       Mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada pihak BHEA berkenaan keperluan maklumat mereka dan isu-isu lain yang berkaitan dengan perpustakaan bagi  tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaaan kepada pengguna

·       Jalinan Kerjasama antara PDJH dan Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis