PERTANDINGAN MENCIPTA PANTUN 2022 DILANJUTKAN SEHINGGA 24 JUN 2022

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pertandingan Mencipta Pantun 2022 anjuran Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Perlis adalah bersempena Projek Buku  Koleksi Beribu-ribu Pantun: UiTM di hatiku yang menjadi platform untuk warga UiTM meluahkan perasaan melalui bingkisan pantun yang dikarang sendiri. Semua warga UiTM Cawangan Perlis dipelawa untuk mengambil bahagian: Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM Di Hatiku

 

 Terbuka kepada keluarga UiTM yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, staf, pelajar, alumni dan pesara.

 Pantun yang disumbangkan adalah berkisarkan nostalgia, sejarah dan perkembangan UiTM bagi memenuhi tema buku yang bakal diterbitkan iaitu koleksi pantun UiTM Di Hatiku.

 

HADIAH

30 Pantun paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang wang tunai berjumlah RM20.00 bagi setiap pantun dan akan dimasukkan ke Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM Di Hatiku

Pantun yang dihantar akan menjadi HAK MILIK penganjur dan UiTM Cawangan Perlis

 

KATEGORI PANTUN

Pantun yang disumbang akan dikategorikan mengikut kategori berikut:

  • Pantun cinta
  • Pantun jenaka
  • Pantun ilmu/nasihat
  • Pantun kasih sayang
  • Pantun kias dan ibarat

 

CIRI-CIRI PANTUN

Pantun yang dihasilkan dan disumbangkan mestilah karya asli dan baharu dengan memenuhi ciri-ciri pantun Melayu seperti berikut:

  • Pantun empat (4) kerat berkaitan UiTM
  • Jumlah suku kata antara lapan (8) hingga dua belas (12) suku kata
  • mempunyai rima pantun
  • mempunyai pembayang dan maksud
  • Digalakkan (tidak wajib) menghantar gambar memori di UiTM berkaitan dengan pantun yang dihasilkan

 

PENGHANTARAN PENYERTAAN

Pantun yang dihasilkan boleh dihantarkan melalui pautan berikut:-

https://bit.ly/daftarpantun

 

🗓️ Tempoh penghantaran pantun adalah bermula 20 Mei sehingga 24 Jun 2022.

 

 

🧾 E-Sijil akan diberikan kepada penyumbang pantun

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Khairil Izwan Hasan (04-9882057 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)