Pasir Gudang, 4 Ogos 2025 – Sempena penganjuran Bazar Buku Antarabangsa Johor 2025 di Paradigm Mall Johor Bahru, seramai 20 orang staf akademik dan pentadbiran dari UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah mengadakan lawatan khas pada 4 Ogos 2025 bagi menyemarakkan budaya ilmu dan menyokong inisiatif literasi peringkat negeri dan antarabangsa.
Sepanjang lawatan, para staf UiTM berpeluang meninjau reruai pempamer yang mempamerkan koleksi buku akademik, fiksyen, non-fiksyen, buku kanak-kanak, serta penerbitan digital. Mereka turut menyaksikan pertandingan pidato dan bercerita, juga pertandingan bicara berirama sekolah-sekolah rendah bagi daerah Johor Bahru yang diadakan di pentas utama.
Kehadiran staf UiTM Johor turut mencerminkan komitmen institusi dalam memperkukuh hubungan strategik dengan penerbit, penulis serta penggiat literasi dari seluruh dunia.
