Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Program Gapai Gemilang SPM 2025 Tingkat Persiapan Pelajar SMK Jengka 10

Program Gapai Gemilang SPM 2025 Tingkat Persiapan Pelajar SMK Jengka 10

Program Gapai Gemilang SPM 2025 Tingkat Persiapan Pelajar SMK Jengka 10

Jengka, 28 September 2025 – Program Gapai Gemilang SPM 2025 yang berlangsung selama dua hari, dari 27 hingga 28 September, berjaya dilaksanakan dengan penyertaan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 10.

Program berkenaan dianjurkan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama ICAN UiTM Cawangan Pahang, sebagai usaha menyokong persediaan akademik pelajar menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sepanjang program dijalankan, pelajar didedahkan kepada pelbagai aktiviti berfokuskan kecemerlangan akademik, termasuk teknik pembelajaran berkesan, strategi menjawab soalan SPM, sesi perkongsian motivasi, bimbingan akademik serta aktiviti interaktif yang menekankan penguasaan ilmu dan kemahiran berfikir aras tinggi.

Penganjur merakamkan penghargaan kepada guru serta pelajar SMK Jengka 10 atas kerjasama yang diberikan. Program ini diharap dapat memberi dorongan dan keyakinan kepada pelajar dalam usaha mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM 2025.

Tags: , ,