Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

UiTM PG Walk 2025 Semarak Gaya Hidup Sihat

Pasir Gudang, 28 Ogos 2025 – Unit Sukan UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang dengan kerjasama Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) telah menganjurkan program UiTM PG Happiness Walk 2025 yang bertujuan menyemarakkan semangat gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus.

Program ini telah berlangsung pada 28 Ogos 2025 (Khamis), seawal jam 8.15 pagi di Bulatan PTDI, UiTM Kampus Pasir Gudang.
 
Aktiviti berjalan kaki secara santai ini bukan sahaja menjadi wadah mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan staf dan pelajar, malah turut menyokong usaha UiTM untuk memupuk kesejahteraan mental dan fizikal warga kampus.
 
 
 
Tags: ,