Taklimat Perluasan Strategi dan Skop Pemantapan Pelaksanaan Program Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA 2026
Dengan beberapa inisiatif serta perluasan strategi agar seimbang dengan situasi, sinergi pelaksanaan dan pemantapan gerak kerja pasti akan berjaya.
Satu taklimat dan Gerak kerja dari Ketua Jabatan Perpustakaan , HASA kepada staf perpustakaan telah dijalankan. Beberapa pelan tindakan dan inisiatif telah dibincangkan dengan mengikut kepada keperluan situasi dan terkini.
Puan Noor Azlin binti Abdullah telah membentangkan keperluan sasaran perkhidmatan serta pengoperasi yang cemerlang bagi menyusun Gerak kerja pasukan. Dalam kesepakatan dibawah satu jabatan, inisiatif disambut baik dengan kesungguhan serta bakat yang akan digilap atas keperluan tugas dan perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Antara perkara yang disusun adalah:
- Program Talaqqi 2026
- Hari Terbuka : "Cultural Expression & Community Knowledge Showcase 2026”
- Inisiatif kolaborasi dan penjanaan serta beberapa perkara lain lagi.
Sesi taklimat tersebut melibatkan semua staf PPTAR HASA iaitu:
1. Puan Noor Azlin Binti Abdullah (Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP))
2. Puan Maizatul Akmal Binti Sidik (Kerani)
3. Puan Ira Wahidah Binti Nasir (Kerani)
4. Puan Nur Fatini Binti Ahmad Fazli (Kerani)
5. Puan Fasihah Binti Abdul Wahab (Kerani)
Semoga dengan Taklimat Perluasan Strategi dan Skop Pemantapan Pelaksanaan Program Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak ini lebih memantapkan perkhidmatan seterusnya menyokong kepada semua ketampakan fungsi Perpustakaan UiTM ini.

