MACHANG, 2 April – Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menganjurkan Taklimat Pelaksanaan Inisiatif “Resource Sharing” UiTM–UMK secara dalam talian menerusi platform Zoom, pada Khamis.
Taklimat ini dihadiri oleh ketua-ketua unit serta staf Unit Perkhidmatan Pelanggan PTA, di samping ketua-ketua unit daripada Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK bagi Kampus Jeli, Kampus Bachok dan Kampus Pengkalan Chepa.
- UiTM–UMK held a briefing on resource sharing collaboration.
- Focus on technical processes and interlibrary loans.
- Aims to enhance access and support academic needs.
Program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Encik Hairuladzhar Mohd Hamdi, Menjalankan Fungsi Ketua Pustakawan, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK serta Puan Nordelina Zulkarnain, Ketua Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Tengku Anis. Kedua-dua pihak menzahirkan komitmen terhadap pengukuhan kerjasama strategik antara institusi dalam memperluas akses kepada sumber maklumat.
Sesi perkongsian seterusnya disampaikan oleh Encik Muhamad Hanif Ibrahim @ Ismail, Pustakawan Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK serta Encik Mohd Izwan Salim, Timbalan Ketua Pustakawan (KUP) (M), Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM, yang membincangkan pelaksanaan inisiatif dari aspek teknikal serta prosedur pinjaman silang bahan antara perpustakaan.
Perbincangan turut memberi penekanan kepada potensi kolaborasi program bersama yang mampu menyokong pencapaian sasaran strategik perpustakaan kedua-dua universiti, khususnya dalam memperkasa perkhidmatan kepada pengguna.
Inisiatif “Resource Sharing” ini diharapkan dapat memperluaskan akses kepada sumber maklumat berkualiti, seterusnya memperkukuh sokongan terhadap keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan warga akademik di Universiti Teknologi MARA dan Universiti Malaysia Kelantan.
