SHAH ALAM, 20 Ogos – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Taklimat Keselamatan Bangunan pada 20 Ogos 2025 bertempat di Bilik Seminar PTAR. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Hilmi bin Rahmat@Abd Rahman, Pengarah Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Pembangunan UiTM Shah Alam.
- PTAR UiTM Shah Alam anjur Taklimat Keselamatan Bangunan pada 20 Ogos 2025.
- Disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Hilmi, Pengarah BKKP, Jabatan Pembangunan UiTM Shah Alam.
- Tekankan kesedaran, prosedur kecemasan & tanggungjawab keselamatan warga perpustakaan.
Taklimat ini memberi pendedahan menyeluruh mengenai aspek keselamatan bangunan, prosedur kecemasan serta langkah pencegahan risiko di tempat kerja. Penekanan turut diberikan terhadap tanggungjawab setiap warga perpustakaan dalam memahami, mengamalkan dan mengutamakan keselamatan dalam setiap urusan harian.
Penganjuran program ini dianggap penting bagi memastikan warga PTAR sentiasa peka dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk kebakaran, kecemasan perubatan mahupun bencana lain. Kesedaran dan kefahaman ini diyakini bukan sahaja dapat melindungi nyawa dan aset, tetapi juga meningkatkan kesejahteraan serta tahap keselamatan di tempat kerja.
Melalui taklimat ini, diharapkan semua staf perpustakaan lebih yakin, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri, rakan sekerja serta pengguna perpustakaan.
