Seremban, 4 September 2025 - Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Negeri Sembilan menerusi Unit Arkib Cawangan telah menganjurkan Taklimat Format Surat Rasmi, Memo & E-mel Rasmi UiTM yang berlangsung pada minggu lepas di Ruang Library Community Engagement, PTAR Kampus Seremban.
Taklimat yang disampaikan oleh Encik Muhamad Azrin Ismail, Pustakawan PTAR merangkap Ketua Unit Arkib Cawangan Negeri Sembilan itu telah dihadiri oleh peserta dari pelbagai PTJ termasuk pensyarah-pensyarah UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Objektif pelaksanaan program adalah dalam memastikan pendokumentasian dalam proses kerja seharian adalah mengikut format yang betul yang telah ditetapkan oleh UiTM dan Arkib Negara Malaysia.
