Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama Guru Perpustakaan dan Media, Sekolah Kebangsaan Puncak Alam Puan Noor Hafiza Abdullah bagi memperkukuh pelaksanaan program berimpak tinggi yang memberi penekanan kepada pembudayaan ilmu, literasi maklumat, pengukuhan jaringan komuniti serta pemerkasaan literasi kesihatan dalam kalangan warga sekolah.
Perbincangan ini menzahirkan komitmen berterusan PPTAR dalam memperkukuh jaringan kolaborasi rentas institusi bersama Hospital Al-Sultan Abdullah, ke arah memperkasa sinergi antara sektor pendidikan dan kesihatan demi kesejahteraan komuniti yang lebih holistik.
Di samping itu, PPTAR turut merancang pelaksanaan program literasi maklumat sebagai salah satu inisiatif utama dalam memperkasakan kemahiran akses, penilaian dan penggunaan maklumat secara beretika dalam kalangan warga sekolah.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Puan Noor Azlin Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), dengan sokongan pasukan pelaksana:
• Puan Nur Ira Wahidah Nasir
• Puan Fasihah Abdul Wahab
• Puan Maizatul Akmal Sidik
Kerjasama strategik ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program yang lebih sistematik, berimpak tinggi dan mampan demi manfaat warga sekolah serta komuniti setempat.

