Pasir Gudang, 26 Januari 2026 – Sesi Perkongsian bertajuk “Pemerkasaan Akses Digital dan Pengurusan Pelanggan melalui Sistem PERMATA” telah berjaya dilaksanakan pada Isnin secara dalam talian melalui platform Google Meet, dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program ini telah disertai oleh staf Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) Kampus Pasir Gudang dan PTDI Kampus Segamat sebagai usaha memperkukuh kefahaman serta kemahiran dalam penggunaan Sistem PERMATA bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pelanggan dan perkhidmatan digital.
Sesi ini memberi pendedahan tentang fungsi dan kelebihan Sistem PERMATA dalam memudahkan akses maklumat, mempercepatkan proses pengurusan, serta menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih sistematik dan berkesan. Penganjuran program ini selari dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan dan penambahbaikan kualiti penyampaian kepada warga universiti.
