Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Perbincangan Strategik: Pembudayaan Ilmu, Jalinan Komuniti & Literasi Kesihatan bersama pihak Pentabdir Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2

Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 bagi memperhalusi pelaksanaan program berimpak tinggi yang merangkumi inisiatif pembudayaan ilmu, pengukuhan jaringan komuniti, serta pemerkasaan literasi kesihatan melalui kolaborasi rentas institusi bersama Hospital Al-Sultan Abdullah.

Perbincangan ini bertujuan memperkukuh sinergi rentas institusi dalam usaha memperkasa budaya ilmu serta kesejahteraan komuniti sekolah secara menyeluruh.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Puan Noor Azlin Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), dengan sokongan pasukan pelaksana:
Puan Nur Ira Wahidah Nasir - Kerani
Puan Fasihah Abdul Wahab - Kerani
Puan Maizatul Akmal Sidik – Kerani

Turut hadir mewakili pihak sekolah:
En. Ahmad Badrul Amin Mohd Saibani, Tuan Guru Besar
Puan Hairuzi Miskun, Penolong Kanan Pentadbiran

Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memperkukuh pelaksanaan program yang lebih tersusun, berimpak tinggi dan mampan demi manfaat komuniti setempat.

Tags: ,