Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Sembang Santai Bersama Ketua Pustakawan UiTM Perkasa Aspirasi PTDI ke Arah Transformasi Digital

Sembang Santai Bersama Ketua Pustakawan UiTM Perkasa Aspirasi PTDI ke Arah Transformasi Digital

Segamat, 17 Julai 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor, telah menerima kunjungan hormat daripada Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM merangkap Ahli Majlis Eksekutif Universiti dalam sebuah sesi mesra bertajuk "Sembang Santai Bersama Ketua Pustakawan UiTM."

Kunjungan yang berlangsung dalam suasana santai tetapi penuh makna itu disambut mesra oleh seluruh warga PTDI. Kehadiran beliau bukan sahaja mempererat hubungan silaturahim antara Perpustakaan Induk UiTM dan cawangan, malah membuka ruang diskusi ke arah memperkukuh hala tuju perpustakaan dalam mendepani cabaran masa kini.

Dalam sesi sembang santai tersebut, Ts. Haji Azizi telah berkongsi pelbagai idea dan cadangan strategik khususnya dalam aspek:

  • pengurusan koleksi secara lebih efisien,

  • peningkatan penglibatan komuniti kampus,

  • pemantapan perkhidmatan digital perpustakaan.

Beliau turut menekankan kepentingan penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai satu pendekatan strategik dalam memastikan perpustakaan kekal sebagai pusat rujukan ilmu yang relevan dan efisien pada abad ke-21.

Dalam ucapannya, beliau turut menggariskan hala tuju Perpustakaan UiTM menjelang tahun 2030, yang menumpukan kepada tiga teras utama iaitu transformasi digital, kelestarian, dan inovasi berterusan, seiring dengan aspirasi pendidikan tinggi negara.

Kunjungan ini nyata memberi suntikan semangat kepada seluruh warga PTDI untuk terus memperkasa perkhidmatan perpustakaan demi manfaat warga kampus serta komuniti setempat. PTDI amat menghargai kunjungan ini sebagai langkah penting ke arah menjalin sinergi dan komitmen bersama dalam memajukan institusi ilmu yang berteraskan teknologi, inklusiviti, dan kecemerlangan.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,