Bandar Enstek, Negeri Sembilan – Program Kepimpinan (PROKEP) Pelaksana PUiTM 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 29 September hingga 1 Oktober 2025 bertempat di Institut Latihan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek. Program berprestij ini menghimpunkan staf pelaksana UiTM dari seluruh cawangan bagi memperkukuh potensi kepimpinan, jati diri serta kemahiran pengurusan dalam kalangan warga universiti.
Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor turut menunjukkan komitmen tinggi dalam pembangunan modal insan apabila menghantar tiga orang wakil staf pelaksana untuk menyertai program ini, iaitu Encik Roslan bin Mohd Nor (Pembantu Pustakawan Tertinggi), Encik Mohd Azmi bin Samsuri (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Puan Eny binti Musa (Pembantu Pustakawan Kanan).
Sepanjang tiga hari berlangsungnya PROKEP 2025, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai aktiviti berimpak tinggi seperti sesi ceramah, latihan berkumpulan, aktiviti simulasi serta perkongsian pengalaman bersama pemimpin berpengalaman UiTM. Pengisian program ini memberi peluang kepada peserta untuk memperkukuh nilai kepimpinan, disiplin, profesionalisme serta integriti sebagai tulang belakang pengurusan universiti.
Penyertaan PTDI dalam PROKEP Pelaksana PUiTM 2025 membuktikan kesungguhan perpustakaan dalam melahirkan staf pelaksana yang berdaya saing, berwawasan dan mampu menjadi pemimpin berkaliber selaras dengan aspirasi UiTM untuk memperkukuh budaya kerja cemerlang dan kepimpinan unggul di semua peringkat.
Hebahan media sosial : media sosial
