Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

PTAR Bersama Komuniti Di Program Moh Ler Kite! Merdeka 360

Teluk Intan, 23 Ogos 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Teluk Intan telah menyertai Program “Moh Ler Kite! Merdeka 360” anjuran Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UiTM bertempat di Dewan MPTI, Taman Desa Aman, Teluk Intan, Perak.

Program yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran seramai 150 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk setempat.

PTAR telah membuka Booth Jelajah Ilmu PTAR yang memberi peluang kepada komuniti untuk mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan yang ditawarkan, antaranya pinjaman dan pemulangan buku, pembaharuan tarikh pemulangan, pendedahan tentang sistem PERMATA, MobileApp@UiTM Library, Institutional Repository, serta promosi keahlian luar (External Membership). Booth ini telah dikendalikan oleh Suzana Binti Ishak, Pembantu Pustakawan Kanan.

Selain booth PTAR, program ini turut disertai dengan beberapa pameran lain yang memberi nilai tambah kepada masyarakat termasuk Kesihatan Mental, Saringan Kesihatan, Pameran Gigitan Anjing,  Keselamatan Makanan dan lain-lain lagi.