29 Ogos 2025 | Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), telah menyertai Program Telaah yang dianjurkan di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Antara tarikan utama penyertaan PTAR ialah Reruai Bacaan Pantas & Telaah, yang mendapat sambutan hangat daripada para tetamu kehormat. Naib Canselor UKM, YBhg. Profesor Dr. Sufian Jusoh turut mencuba ujian Bacaan Pantas, manakala Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar meninjau inisiatif PTAR dalam membangunkan Portal Telaah Universiti Awam.
Turut hadir memeriahkan reruai PTAR ialah Ketua Pustakawan UKM, Encik Hazmir Hj. Zainal, serta Ketua Pustakawan USIM, YBhg. Datin Nor Azzah Momin, yang juga berkesempatan menguji Bacaan Pantas.
Pihak PTAR merakamkan penghargaan kepada UKM dan seluruh warga universiti atas kerjasama menjayakan program ini. Usaha bersama ini membuktikan komitmen perpustakaan universiti dalam memperkasa budaya ilmu dan memperkukuh jaringan kerjasama akademik.
Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa
